PENGURUSAN SUMBER FIZIKAL IPT: PENGURUSAN RUANG

Authors

  • AHMADFAUZI A. WAHAB Fakulti Alambina, Universiti Teknologi Malaysia, 81310 UTM Skudai, Johor Darul Takzim, Malaysia.

DOI:

https://doi.org/10.11113/sh.v43n1.341

Keywords:

sumber fizikal, Institusi Pengajian Tinggi, IPT, negara Asia, pengoptimaan, IPTA, penjanaan kewangan

Abstract

Implikasi kos berkaitan sumber-sumber fizikal di dalam organisasi besar seperti Institusi Pengajian Tinggi (IPT) adalah sangat besar. Namun sehingga kini, kebanyakan pentadbiran IPT dan juga dari organisasi-organisasi sektor awam yang lain terutamanya dari negara Asia masih belum memahami peranan dan sumbangan sumber fizikal ini kepada organisasi mereka. Sumber fizikal ini merupakan aset yang berharga dan boleh menjanakan pendapatan organisasi sekiranya diuruskan dengan berkesan. Kertas kerja ini merupakan hasil penyelidikan terhadap pengoptimaan penggunaan makmal-makmal yang terdapat di IPTA-IPTA di negara kita. Sebanyak 154 makmal dari enam IPTA telah dikaji dan secara keseluruhannya penggunaan ruang tersebut adalah rendah. Adalah diharapkan kertas kerja ini dapat  memaklumkan pihak-pihak tertentu tentang kepentingan pengurusan sumber fizikal kepada organisasi mereka, sumber yang tidak dioptimakan dan sumber yang boleh membantu penjanaan kewangan mereka.

Downloads

Published

2005-11-15

How to Cite

A. WAHAB, A. (2005). PENGURUSAN SUMBER FIZIKAL IPT: PENGURUSAN RUANG. Sains Humanika, 43(1). https://doi.org/10.11113/sh.v43n1.341