Analisa Faktor Halangan Guru Pendidikan Islam Sekolah Bestari Dalam Penggunaan Bahan Bantu Mengajar

Authors

  • Mohd Faeez Ilias Fakulti Pendidikan, Kolej Universiti Islam Antarabangsa
  • Julia Madzalan
  • Mohd Izzuddin Mohd Pisol
  • Annasaii Jamar
  • Murihah Abdullah

Keywords:

bahan bantu mengajar, Sekolah Bestari, Guru Pendidikan Islam, Persediaan Guru, teaching aids, Smart School, Islamic Education Teacher, teacher preparation

Abstract

Abstrak

Penggunaan bahan bantu mengajar (BBM) di dalam kelas merupakan keperluan bagi memastikan penjelasan guru dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) mudah diterima oleh pelajar. Bahan bantu mengajar (BBM) yang digunakan adalah bergantung kepada keperluan guru sesuai dengan perancangan PdP yang akan dilaksanakan. Namun, penggunaan BBM ini bukanlah satu perkara yang mudah melainkan dengan kesungguhan guru dalam melaksanakan apa yang telah dirancang. Oleh yang demikian, kajian ini adalah bertujuan untuk menganalisis faktor halangan yang wujud dalam kalangan Guru Pendidikan Islam semasa penggunaan bahan bantu mengajar. Reka bentuk kualitatif digunakan dalam mendapat data temubual terhadap Guru Pendidikan Islam di Sekolah Bestari. Dapatan temubual dianalisis menggunakan perisian Nvivo 7.0 dengan menghasilkan tema dapatan kajian. Berdasarkan analisis, terdapat lapan halangan yang disenaraikan oleh Guru Pendidikan Islam dalam penggunaan BBM. Semua dapatan ini kemudiannya membentuk pola dapatan kajian yang mengekalkan dua halangan utama Guru Pendidikan Islam dalam penggunaan BBM iaitu masa dan persediaan. Dapatan kajian ini sangat bermakna kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Jabatan Pelajaran Negeri (JPN), mahupun pentadbir sekolah. Dengan adanya dapatan kajian ini menunjukkan bahawa perlunya seorang guru itu diberikan ruang masa untuk membuat persediaan dalam melaksanakan perancangan penggunaan BBM dalam PdP.

Kata kunci: bahan bantu mengajar, Sekolah Bestari, Guru Pendidikan Islam, Persediaan Guru

 

Abstract

The use of teaching aids (TA’s) in the classroom is necessary to ensure teachers’ explanations in the teaching and learning (T&L) processes are easily acquired by students. Teaching aids (TA’s) used are dependent on the needs of teachers in accordance with the planning of T&L to be implemented. However, the use of BBM is not a simple matter but it comes with the earnestness of teachers in carrying out what has been planned. Therefore, this study aims to analyze the hindering factors that exist among Islamic Education teachers during the use of teaching aids. Qualitative design is used in obtaining interview data upon Islamic Education teachers in Smart School. Interview data was analyzed using Nvivo 7.0 software by producing themes of the study findings. Based on the analysis, there are eight hindrances listed by Islamic Education teachers in the use of BBM. All of these results then form a pattern of study that maintains two main obstacles for the Islamic Education teachers in the use of BBM, namely time and preparation. This study is very meaningful to the Ministry of Education Malaysia (KPM), the State Education Department (JPN), as well as the school administrators. With the findings of this study, it shows the need for a teacher to be given time to make preparation in implementing the planning of TA’s in T&L.

Keywords: teaching aids, Smart School, Islamic Education teachers, teacher preparation

Downloads

Published

2022-05-01

How to Cite

Ilias, M. F., Madzalan, J., Mohd Pisol, M. I., Jamar, A., & Abdullah, M. (2022). Analisa Faktor Halangan Guru Pendidikan Islam Sekolah Bestari Dalam Penggunaan Bahan Bantu Mengajar. Sains Humanika, 14(2), 64–70. Retrieved from https://sainshumanika.utm.my/index.php/sainshumanika/article/view/1873

Issue

Section

Articles