Evaluation On Malaysian Mental Health During Movement Control Order /Penilaian Tahap Kesihatan Mental Rakyat Malaysia Semasa Perintah Kawalan Pergerakan

Authors

  • Teh Faradilla Abdul Rahman Centre of Foundation Studies, Universiti Teknologi MARA, Cawangan Selangor, Kampus Dengkil, 43800 Dengkil
  • Norshita Mat Nayan

Keywords:

Mental health, movement control order, survey study, COVID19 and MCO, Kesihatan mental, perintah kawalan, kajian tinjauan, COVID19 dan PKP

Abstract

Perintah kawalan pergerakan (PKP) merupakan salah satu langkah yang diambil oleh kerajaan Malaysia bagi mengawal penularan wabak COVID19. Penguatkuasaan ini telah meninggalkan kesan ke atas pelbagai sektor termasuk sektor ekonomi, pendidikan, industri, kemasyarakatan, kesihatan dan lain -lain. Perubahan aktiviti harian secara mendadak semasa pandemik COVID19 dilihat sebagai salah satu faktor yang berkemungkinan menyumbang kepada kemerosotan kesihatan mental seseorang. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap kesihatan mental rakyat Malaysia semasa PKP yang telah dikuatkuasa bermula pada 18 Mac 2020 sehingga 31 Disember 2020. Oleh itu, kajian bukan-eksperimen berbentuk tinjauan membujur telah dijalankan. Satu set soal selidik berkenaan penilaian tahap kemurungan, kebimbangan dan stres telah diedarkan kepada orang awam dengan menggunakan kaedah pensampelan mudah secara rawak. Proses penilaian dan pengumpulan data telah dijalankan pada fasa kedua, fasa ketiga, fasa keempat dan fasa pasca PKP. Analisis data deskriptif bagi ketiga – tiga kesihatan mental dan analisa Kruskal-Wallis bagi menentukan perbezaan tahap kesihatan mental antara tiga fasa dilakukan dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS). Hasil dapatan menunjukkan tahap kebimbangan dan kemurungan rakyat Malaysia pada fasa kedua PKP adalah lebih tinggi berbanding fasa ketiga. Secara keseluruhan, tahap kebimbangan dan stress majoriti rakyat Malaysia adalah normal pada fasa keempat PKP. Manakala tahap kemurungan rakyat Malaysia bertambah baik dari satu fasa PKP ke fasa seterusnya. Fasa pasca PKP menunjukkan setiap satu masalah kesihatan mental di dalam kajian ini dialami oleh kurang dari satu per tiga jumlah responden. Sokongan kerajaan dari segi bantuan ekonomi dan penyampaian maklumat terkini tentang situasi COVID19 sedikit sebanyak dapat mengurangkan risiko kemerosotan tahap kesihatan mental awam.

Downloads

Published

2022-05-01

How to Cite

Abdul Rahman, T. F., & Mat Nayan, N. (2022). Evaluation On Malaysian Mental Health During Movement Control Order /Penilaian Tahap Kesihatan Mental Rakyat Malaysia Semasa Perintah Kawalan Pergerakan. Sains Humanika, 14(2), 71–80. Retrieved from https://sainshumanika.utm.my/index.php/sainshumanika/article/view/1879

Issue

Section

Articles